Kadang-kadang bila gua baca status chauvinist kat Facebook, gua rasa macam hendak komen dan maki selalu.. Gua tidaklah anti lelaki, jauh sekali seorang feminis, gua lelaki sejati dan straight tahu? gua cuma rasa perlu ada keadilan yang di pertimbangkan.
Baca status "jantan konon-konon power" kat fb buat gua rasa nak muntah, beri nasihat itu dan ini kat perempuan tapi diri sendiri tak betul.. Celake ape kau nak nasihat perempuan tak bertudung, suruh bertudung kalau kau sendiri pun upload pic tidak berbaju dan berboxer di tepi pantai? Celake ape kau bersinis tentang perempuan bergambar tidak sopan tapi kau sendiri ada gambar dalam kelab malam bersama perempuan sambil memegang beer? Celake apa kau bertegas tentang aurat pompuan dan bertegas tentangnya kalau kau sendiri berkawan pilih perempuan yang berkain di atas peha? Apa cerita?
Apa yang aku nampak...
Zaman ini...
Untuk menjadi seorang perempuan yang diterima..
Perempuan itu kena bertanya..
"Abang hendak saya jadi apa?"
Hakikatnya :
Kalau bertanya pada singa,
Mestilah lapar pada dagingnya...
Kalau bertanya pada ayam serama,
Mestilah lapar pada empingnya..
Soalnya wahai perempuan..
"Adik hendak jadi apa?"
Kalau hendak jadi lauk,
Masaklah tubuh sampai semerbak..
Kalau hendak jadi ilmu,
Lakarlah tubuh dengan tulisan berselerak..
Kita yang pilih kita siapa...
Ramai perempuan sekarang jadi perempuan DEMI diterima lelaki..
sebab itu perempuan di buli !!
Apa untungnya?
Hati yang mati.. Jiwa yang lari..
Buat perempuan..
Berhenti puaskan dunia lelaki.. Berhenti.. Dan buat apa yang kamu sendiri bahagia.. bukan buat DEMI diterima lelaki kerana lelaki tidak akan pernah berhenti !
p/s: gua tulis ni gua rasa macam gua pakai gelaran saudari la pulak !!
relex la bro:")nice blog ...
BalasPadamtQ !
BalasPadam