Selasa, 24 April 2012

Ideologi politik berbeza mengapa harus Sentap ?


Berdebat di alam maya memang tak sama dengan berdebat di dunia realiti.
Tadi 2 orang member gua duk cerita pasal niat mereka nak tukar kerajaan baru pada PRU 13 ni.
Sorang tu penyokong PAS, sorang lagi menyokong Anwar.
Dorang duk bersembang la kali ni Umno takkan dapat kekal menjadi kerajaan untuk 5 tahun akan datang.
Yang sokong Anwar tu dengan confidentnya kata "PAS akan menawan Malaysia untuk PRU kali ini, InsyaAllah.."

Confident??
Hari tu gua dengar dia nak undi Anwar, tak tau pasal apa tiba-tiba dia tukar angin pulak.
Gua ingat lagi statement dia kat kitorang mengenai Anwar kesayangan dia tu, "Apa salahnya Anwar jadi PM? Apa yang dia buat salah? Aku tak kisah pun kalau dia gay ke, bai ke. Salah ke kalau dia jadi PM?"

Gua diam je bila dengar dia cakap camtu. Sebab gua still dengan prinsip gua untuk tidak berdebat pasal politik di luar alam maya.

Yang sorang lagi tu memang anti Umno, anti polis dan anti yang berkaitan dengan kerajaan.
Bagi dia, polis jahat, polis kuat makan rasuah, polis suka paw duit orang, polis itu, polis ini.
Yang jahat2 semuanya polislah, senang cerita.

Gua tak tau pasal apa telinga gua ni macam panas je bila dorang duk borak-borak dengan konfidennya kata Umno akan tumbang kali ni.
Bukan disebabkan gua ni penjilat tegar Umno, Gua "ATAS PAGAR" menyokong yang mana gua rasa beri gua sedikit keuntungan. tapi sebab gua tak suka Anwar.

"Aku tak nak Umno menang kali ni" kata member gua yang menyokong Anwar tu.

Gua kemudian menyampuk juga akhirnya, "Aku tak rela Anwar menang"

Mamat penyokong PAS tu terdiam bila dengar gua tiba-tiba bersuara.
Si penyokong anwar tengok muka gua.

"So ko yakin la Umno menang lagi kali ni?" Umno tolak Hudud, rasuah banyak, ko rasa Umno boleh maintain ke?" Soal penyokong PAS bertalu-talu kat gua.

"Aku rasa, Najib dah kaw tim dengan Nik Aziz. Kalau ko perasan banyak statement PAS sekarang bercanggah dengan kenyataan Anwar, seolah-olah PAS tengah buat "party destructive". Contoh isu macam isu PTPTN, isu LGBT. Dan aku dapat info dari member aku orang PAS mengatakan, ceramah Hassan Ali sebenarnya diarrange oleh Nik Aziz dan penyokong Hassan Ali sendiri, bukannya Umno. Penyokong Hassan Ali ramai, takkan ko tak tau?" gua mula buka mulut.

Diorang diam.

Gua sambung lagi.

"Contohnya lagi, isu PTPTN. Anwar cakap nak hapuskan PTPTN, tapi kenapa Hadi Awang kata tak semestinya hapus, tapi pinjaman boleh buat ikut cara Islam"

Si penyokong PAS cepat-cepat menjawab, "Tu Hadi Awang, bukan Nik Aziz yang cakap".

"Kalau betul Nik Aziz pun tak setuju, apasal Nik Aziz tak bersuara? Kenapa dia diam je?" Gua soal balik.

Si penyokong PAS tu diam.

"Apsal ko tak suka Anwar? Ko takut punggung ko rabak ke?"

Si penyokong Anwar ketawa bila dengar si penyokong PAS tu cakap macam tu kat gua.
Mulut mamat penyokong PAS tu memang mulut longkang sikit, takde insurans.

So gua jawab dengan jujur sebab gua tak suka Anwar, " Aku tak suka dia bukan disebabkan isu moral je, isu rasuah, isu dia menyokong fahaman pluralisma agama".

Dorang buat buat muka pelik. First time dengar perkataan "pluralisme" barangkali.

"Pluralisme tu apa?" tanya si penyokong PAS.

"Aik, takkan tak tau kot?" Gua cakap dalam hati.
"Pluralisme tu fahaman yang menyamaratakan semua agama".
Bangang abadi bercerita macam ahli politik tapi tak tahu ape itu "pluralisme"

Penyokong Anwar dan penyokong PAS tu diam lagi.
Dorang tiba-tiba tukar topik lain, dan macam tak nak gua join conversation diorang.
Gua nampak si penyokong Anwar tu menjeling gua. Ahh mungkin akhirnya dia tau yang gua anti Anwar.

Sebab tu Gua malas nak berdebat kat dunia realiti.
Rasanya, lebih baik berdebat kat FB ke, blog ke.
Kalau orang tak suka gua, dorang boleh block gua kat FB.
Tapi bila berdebat kat dunia realiti, beginilah risikonya. Pandangan dorang pada kita akan jadi lain, dorang tak nak kawan dengan kita hanya kerana ideologi politik berbeza.

Bagi gua, politik cumalah mengenai pemikiran dan ideologi masing-masing, jadi tak perlu serius sangat.
Macam la lu orang tak tau yang politik ni kebanyakannya wayang je, so apa hal sampai nak bermasam-masam muka? Lagi-lagi kalau nak bermusuh hanya disebabkan lu sokong Anwar, gua anti Anwar. Nonsense !!

Kalau kita tak suka sesuatu, kita kena tau apa yang kita tak suka tu. Jangan bila orang lain golek atas jalan, kita pun ikut sama. Contohnya kalau lu tak suka Najib. Buktikan apa yang Najib buat selama ni salah, tak guna, takde manfaat. Bak kata Tun Mahathir, " You can say I am bad person but prove me wrong first".

Tapi yang menjadi persoalan gua sampai sekarang, kenapa golongan bapok ramai yang suka Anwar Ibrahim???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan