Bila cinta yang dijaga dengan belai manja bertahun-tahun terputus ditengah jalan akhirnya. Seseorang itu umpama hilang separuh jiwanya. Gelap, sunyi dan sepi hatinya membeku menyimpan dendam. Tertanya-tanya kepada pencipta "kenapa aku harus terima ini?". Tertanya-tanya kepada diri "apa salah aku? mana silap aku? langkah yang mana sumbang hingga aku tersandung?". Meratapi perginya kisah yang amat berharga pernah terjadi di dalam hidupnya. Kisah yang berlalu sepi dan meninggalkan parut luka yang maha dalam.
Namun sekuat mana sekalipun kita memujuk rayu dan berusaha agar cinta itu kembali bertaut dan berbalas jika tiada tertulis jodoh antara kita dan dia. Pasti tidak akan merujuk kembali dan bertaut semula cinta yang berlalu itu. Sekuat mana pun kita mencintai seseorang tidak akan ada maknanya jika tiada balasan sentuhan dari cintaNya.
Jika derita akan menjadi masa lalu, mengapa harus di jalani dengan sepedih rasa? sedang ketegarannya akan lebih indah untuk di kenang nanti.. Jika kesedihan akan menjadi masa lalu, mengapa tidak dinikmati sahaja? sedangkan ratap tangis tak akan merubah apapun. Jika kesalahan akan menjadi masa lalu, mengapa harus tenggelam didalamnya? sedangkan berubah itu lebih utama.
Biarlah seluruh isi alam membantu untuk mendekatkan kamu dengan dia insan yang kamu dambakan, namun jika tiada jodoh pasti tidak akan terjadi. Dan begitulah sebaliknya, biarlah seluruh isi alam menghalang jodoh itu antara kamu dan dia, namun jika telah tertulis jodoh itu ada pasti akan ada jua.
Indahnya kehidupan ini bila ketenangan hati itu menjadi milik kita. Tanpa perlu mengorak langkah tetaplah yakin bahawa jika jodoh itu memang antara kita ianya pasti bertaut jua. Kegelisah dan kegusaran jiwa itu pasti tiada, hanya yakin pada ketentuanNya. Hidup kita ini hanya sedetik cuma, Jadi mengapa perlu menyesali perjalanan indah hidup ini dengan meratap sayu cinta antara manusia? bangunlah jiwa.. bangunkan benteng dihatimu. Tetapkan tawa di mulut mu agar tiada siapa tahu kegelisahan hatimu.
***
Merungkai kata jiwa yang tak terluah.
Gua tulis apa yang gua rasa nak tulis.. Gua taip apa yang gua rasa betul.. Lu orang tak suka gua peduli ape !
Rabu, 20 Jun 2012
Ahad, 3 Jun 2012
Andai Perempuan Tahu.
Andainya perempuan tahu....
Kalau seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat.
Lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita,menonton baywatch, sukan gimnastik atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia tidak atau kurang setuju.
Lelaki selalunya cuba menjaga hati orang di sekelilingnya. menipu kalau terpaksa.
Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!
Lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari.. maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu dan sangat indah!!
Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!
Langgan:
Ulasan (Atom)