"Hidup ini
bukanlah suatu jalan yang datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya
disirami airmata dan juga darah". - Hamka
Kehidupan ini
tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa. Kadang-kadang kita diasak dengan
pelbagai dugaan dan ujian. Kalau lemah, kita akan terus hanyut mengikut
kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan
keadaan. Ibarat putik kapas yang di hanyutkan oleh arus sungai. Begitulah hidup kita jika kita lemah. Di buli dan di pijak-pijak oleh orang yang lebih kuat.
Hidup di dunia ini tidak ubah seperti seorang mat rempit yang sedang berteduh dari hujan di perhentian bas. Bila hujan berhenti mat rempit akan pergi meneruskan perjalanan dan meninggalkan perhentian bas itu. Tidak kiralah kalau ada awek cun dan sexy di perhentian bas itu, mat rempit pasti merempit juga. Begitulah perumpamaan hidup. Tak kira la kau letak diri ko siapa pun untuk ganti perkataan mat rempit tu, tak kiralah ko letak banglo atau hotel mewah sebagai ganti ayat perhentian bas yang aku beri, tak kiralah kau letak harta dan duit sebagai ganti ayat awek cun dan sexy. Bila tiba masanya kau pasti pergi.
Kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya. Hidup ini bukanlah seperti habuk yang berterbangan oleh angin. Hidup kita bukan tiada maknanya. Setiap kita mempunyai misi yang besar di dunia ini. Setiap kita! Bukan cuma segolongan manusia atau sekumpulan orang. Selagi kita bernafas, selagi kita tidak ditalkinkan atau dikuburkan hidup kita mempunyai misi
.

Ramai orang
melalui hidup ini tanpa mengerti betapa pentingnya kewujudan mereka.
Lalu apabila sesuatu musibah menimpa, mereka mengambil jalan untuk memusnahkan
diri kerana tidak sanggup menanggung hebatnya dugaan. Ingatlah takde dadah yang mengkhayalkan tanpa melalui proses-proses kimia. Begitu juga hidup, takde hidup yang indah tanpa melalui dugaan. Hidup
yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan
lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa
besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia. Cuma hati yang pernah terluka akan memahami kesilapan cinta masa lalu.
"Manusia belajar melalui kesilapan"
Aku percaya ayat itu dan aku gembira buat silap sebab aku tahu setiap kesilapan yang aku buat akan buat aku bertambah hebat.
Kita mempunyai hak dan kemampuan untuk
mengemudikan sendiri hidup kita. Bagi aku kalau mahu berjaya dan bergembira dalam hidup kita haruslah mengikut corak, pemikiran, sikap, perangai dan pegangan hidup yang kita sendiri tentukan. Bukan mengikut kata sesiapa, apa guna berfikir soal hati dan perasaan orang sedangkan orang belum tentu berfikir tentang hati dan perasaan kita.
"Manusia belajar melalui kesilapan"
Aku percaya ayat itu dan aku gembira buat silap sebab aku tahu setiap kesilapan yang aku buat akan buat aku bertambah hebat.